fb fb fb fb fb

Bank Dunia umum bantuan AS$1.7 bilion kepada Turkiye

FOTO AFP

ISTANBUL, 11 Februari- Angka korban gempa bumi di Turkiye dan Syria terus menyaksikan peningkatan ketara apabila setakat ini sudah melepasi 22,000 orang.

Susulan itu juga bantuan pasca gempa bumi terus di salurkan dalam pelbagai bentuk oleh masyarakat antarabangsa.

Terbaharu, Bank Dunia mengumumkan bantuan AS$1.7 bilion dolar Amerika untuk Turkiye.

Bank Dunia juga akan memulakan penilaian kerosakan untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan bantuan untuk pembinaan semula.

Bantuan segera berjumlah AS$780 juta dolar ditawarkan kepada Turkiye melalui 'Contingent Emergency Response Components' dan tambahan AS$1 bilion dolar sedang disediakan untuk menyokong mereka yang terjejas.

Sementara itu, Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) pula menyediakan bantuan kemanusiaan segera berjumlah AS$85 juta dolar kepada Turkiye dan Syria.

Bantuan melibatkan makanan dan tempat perlindungan, barangan keperluan musim sejuk, perkhidmatan penjagaan kesihatan kritikal, air bersih dan sanitasi.

Syarikat Boeing turut mengumumkan sumbangan AS$500,000 dolar bagi membantu mereka yang terjejas di Turkiye.

Menurut syarikat berkenaan, derma disalurkan melalui Palang Merah Amerika.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu