fb fb fb fb fb

Usaha kesan jutawan Jerman, Rainer Schaller dipergiat

(FOTO AFP)

LIMON, 23 Oktober- Usaha mengesan jutawan Jerman, Rainer Schaller dan ahli keluarganya giat dijalankan.

Pihak berkuasa Costa Rica percaya, pesawat yang mereka naiki terhempas di laut.

Usaha pencarian yang dilakukan menemui petanda positif apabila serpihan pesawat dan beberapa barangan ditemui pada Sabtu kira-kira 28 kilometer dari Lapangan Terbang Limon.

Menurut Menteri Keselamatan, Jorge Torres, tumpuan kini adalah untuk mencari kesemua mangsa yang hilang.

Schaller, 53 tahun dan merupakan pengasas rangkaian McFit gimnasium, dilaporkan dalam perjalanan dari Mexico ke Limon, Costa Rica bersama empat lagi penumpang selain seorang juruterbang.

Pesawat berkenaan dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan di Barra de Parismina pada Jumaat malam beberapa minit sebelum tiba di Limon.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu