fb fb fb fb fb

80,000 warga Jerman bersolidariti untuk Mahsa Amini

(FOTO AFP)

BERLIN, 23 Oktober- Kira-kira 80,000 orang menyertai perhimpunan aman di Berlin, Jerman, pada Sabtu.

Ia sebagai solidariti terhadap protes yang dicetuskan wanita Iran terhadap kematian tahanan Mahsa Amini di penjara, menurut seorang jurucakap polis kepada AFP.

Tunjuk perasaan itu turut mendapat perhatian Menteri Hal Ehwal Keluarga, Lisa Paus.

Menurut Lisa di twitter, Jerman sentiasa bersama rakyat Iran.

"Hari ini, beribu-ribu orang menunjukkan solidariti mereka dengan wanita yang berani dan penunjuk perasaan di Iran," tweet Lisa.

"Kami berada di sisi anda," tambahnya.

Amini wanita Kurdish berusia 22 tahun ditahan di Tehran pada 13 September lalu kerana berpakaian tidak sesuai.

Namun meninggal dunia tiga hari kemudian didakwa dipukul ketika berada dalam tahanan.-AFP

(Penunjuk perasaan memegang sepanduk dengan nama wanita Kurdish Iran, Mahsa Amini yang meninggal dunia semasa
dalam tahanan, pada perhimpunan menyokong demonstrasi di Iran, di Berlin, Jerman pada 22 Oktober 2022/Foto AFP)

Media Baharu