fb fb fb fb fb

Tentera Israel membunuh rakyat Palestin di Tebing Barat

Foto REUTERS

JERUSALEM, 23 Oktober- Askar Israel menembak dan membunuh seorang warga Palestin di Tebing Barat semalam.

Tentera Israel berkata tenteranya cuba menahan sebuah kenderaan selepas penumpangnya menyeberang secara haram ke Israel. Ia berkata kenderaan itu melarikan diri dan melanggar seorang askar, selepas itu askar tersebut melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu.


(Foto Reuters)

Salah seorang penumpang kereta itu meninggal dunia di hospital Palestin. Bapa lelaki itu memberitahu berita Qudsnet Palestin bahawa anaknya sedang menuju ke tempat kerja apabila dia ditembak. Tidak pasti sama ada dia mempunyai permit masuk ke Israel atau tidak.

Sementara itu, dalam insiden berasingan di Tebing Barat, pegawai pertahanan Israel berkata seorang pemandu Palestin bertindak merempuh keretanya ke dalam pondok pengawal, insiden ini disyaki sebagai serangan.

Di Baitulmaqdis, polis Israel berkata mereka menembak seorang warga Palestin yang telah menikam dan mencederakan seorang warga Israel. Video yang tersebar di media sosial menunjukkan suspek penyerang terbaring cedera di taman permainan.

Keganasan di Tebing Barat telah meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ia merebak ke Baitulmaqdis, selepas tentera Israel memulakan tindakan keras pada akhir Mac sebagai tindak balas kepada rentetan serangan oleh rakyat Palestin di Israel.

Rundingan damai bertujuan untuk menamatkan konflik berpuluh tahun dan menubuhkan negara Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza, gagal pada 2014 dan tidak menunjukkan tanda ia berhasil untuk menghentikan pergolakan yang berlanjutan itu. - REUTERS

Media Baharu