fb fb fb fb fb

Dua jururawat hospital maut insiden tembakan di Texas

WASHINGTON, 23 Oktober- Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua petugas Pusat Perubatan Methodist Dallas dalam satu kejadian di Texas.

Menurut NBC News yang memetik pegawai hospital, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi waktu tempatan pada Sabtu (16:00 GMT).

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Penguatkuasaan Undang-undang Texas (CLEAT) Charley Wilkison berkata di media sosial suspek menembak mati dua jururawat wad bersalin.

"Insiden Kritikal @CLEAT ke-111, OIS (tembakan melibatkan pegawai) Hospital Dallas Methodist. Suspek menembak dua jururawat wad bersalin," kata Wilkison.

Seorang pegawai polis hospital itu berjaya menembak suspek.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi waktu tempatan pada Sabtu / FOTO AFP

"Suspek telah ditahan, berada dalam keadaan stabil dan dibawa ke hospital tempatan yang lain," lapor NBC memetik pegawai hospital Methodist pada Sabtu.

Motif kejadian belum dapat dipastikan. -AFP

Media Baharu