fb fb fb fb fb

15 maut dalam tragedi kemalangan bas dan treler di India

MADHYA PRADESH, 23 Oktober- Sekurang-kurangnya 15 maut manakala 40 lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan bas dan treler di India.

Bas yang dalam perjalanan dari Hyderabad menuju ke Gorakhpur di Uttar Pradesh dipercayai bertembung dengan sebuah treler di daerah Rewa, di Madhya Pradesh.

Menurut pegawai kanan daerah, kesemua mangsa dipercayai penduduk Uttar Pradesh.

Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan berkata mangsa yang cedera dirawat di sebuah hospital di Rewa.

Perdana Menteri, Narendra Modi mengumumkan pampasan sebanyak 200,000 rupee kepada setiap waris mangsa yang terkorban; manakala 50,000 rupee untuk mereka yang cedera.

Pentadbiran Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh turut menyumbang bantuan kewangan kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera.-REUTERS


(Foto Media Sosial/TWITTER)

Media Baharu