fb fb fb fb fb

Dua mayat ditemukan, dipercayai mangsa nahas pesawat terhempas di Costa Rica

(Sebuah kapal pengawal pantai kembali ke pelabuhan semasa operasi mencari dan menyelamat
penumpang pesawat yang terhempas di pantai Costa Rica pada 22 Oktober 2022/Foto AFP)

SAN JOSE, 23 Oktober- Pasukan mencari dan menyelamat di Costa Rica pada Sabtu, menemukan dua mayat dipercayai mangsa nahas pesawat yang terhempas di perairan Caribbean.

Pesawat yang membawa lima penumpang warga Jerman dan juruterbang warga Switzerland itu dalam penerbangan dari Mexico, sebelum dilaporkan hilang Jumaat lepas.

"Kami telah menemukan beberapa serpihan pesawat yang dihanyutkan air pasang dan dua mayat," kata Menteri Keselamatan Awam, Jorge Torres.

Operasi mencari dan menyelamat bermula selepas pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan di timur wilayah Limon.

Pencarian diteruskan dan serpihan pesawat ditemukan di dalam air, 28 kilometer (17 batu) dari lapangan terbang Limon.

(Kakitangan pengawal pantai dari Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica memunggah serpihan dari kapal mereka
dan barang yang ditemui semasa mencari pesawat yang terhempas di pantai Costa Rica pada 22 Oktober 2022/Foto AFP) 

Lima warga Jerman di dalam pesawat itu ialah Rainer Schaller, pengasas rangkaian gim McFit, pasangannya dan dua anak mereka.

Selain seorang lagi lelaki yang tidak dinamakan, lapor akhbar Jerman Bild, memetik jurucakap syarikat.

Kementerian Luar Costa Rica tidak memberikan maklumat mengenai identiti mereka yang terbunuh dalam nahas itu.

Laporan akhbar Costa Rica berkata pesawat itu adalah jet yang berlepas dari negeri Chiapas, Mexico.-AFP

Media Baharu