fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan elektrik dan air, penduduk Ukraine cari penempatan baharu

(FOTO AFP)

KHERSON, 23 Oktober- Ukraine mengalami gangguan bekalan elektrik selepas kebanyakan infrastruktur kritikal dan kemudahan tenaganya dibedil puluhan peluru berpandu Rusia.

Susulan itu, pihak berkuasa Rusia di Kherson, bandar selatan Ukraine menggesa orang awam segera meninggalkan lokasi itu dengan memberi bayangan operasi ketenteraan yang besar bakal berlaku.

Pasukan tentera udara Ukraine melaporkan, sebanyak 33 peluru berpandu telah dilepaskan ke Ukraine semalam, sambil menambah 18 daripadanya telah ditembak jatuh.

Sejak 10 Oktober lalu, Rusia telah melancarkan tembakan secara serentak yang memusnahkan infrastruktur tenaga di Ukraine.

Serangan itu mengenai sekurang-kurangnya separuh daripada penjanaan kuasa haba dan sehingga 40 peratus daripada keseluruhan sistem.

Ukraine telah mengehadkan penggunaan elektrik di seluruh negara buat kali pertama sejak beberapa hari lalu berikutan serangan peluru berpandu dan dron oleh Rusia yang memusnahkan beberapa loji janakuasa.

Selain itu, penduduk Ukraine juga berdepan kesukaran mendapat bekalan air bersih yang menambah lagi tekanan mereka.

Bagi menampung keperluan yang penting, pihak berkuasa tempatan terpaksa mengepam air dari sungai berhampiran.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu