fb fb fb fb fb

Upacara harian Attari-Wagah kembali selepas insiden serangan di Kashmir

FOTO AFP

ATTARI, 20 Mei- India pada Selasa mengumumkan akan menyambung semula upacara harian di sempadan dengan Pakistan, yang sebelum ini dihentikan buat sementara susulan konflik paling serius antara kedua-dua negara bersenjata nuklear itu dalam tempoh beberapa dekad.

Pertempuran yang tercetus susulan serangan terhadap pelancong di Kashmir yang ditadbir India pada 22 April lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 nyawa menjadi punca ketegangan terbaharu. New Delhi menuduh Islamabad menjadi dalang serangan itu, namun Pakistan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Pasukan Keselamatan Sempadan India (BSF) memaklumkan bahawa upacara pada waktu matahari terbenam di sebelah sempadan India akan dibuka kepada media pada Selasa dan kepada orang awam bermula Rabu, di pos sempadan Attari-Wagah, negeri Punjab.

Pihak berkuasa Pakistan pula menegaskan bahawa mereka tidak pernah menghentikan upacara tersebut, dengan pasukan tenteranya terus berarak secara solo di sebelah sempadan mereka.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE