fb fb fb fb fb

UNRWA ucap Aidilfitri buat Palestin

Penduduk Palestin membawa beg berisi tepung yang dirampas daripada trak bantuan berhampiran pusat pemeriksaan Israel/Foto REUTERS

 GAZA, 10 April - Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengucapkan Selamat Hari Raya buat rakyat Palestin di Gaza dengan penuh rasa kesedihan menerusi media sosial.

"Kami menyambut Aidilfitri dengan hati penuh kesedihan atas apa yang berlaku di Gaza, Tebing Barat dan seluruh rantau ini bagi mereka yang menghadapi konflik, yang selubungi rasa ketakutan dan perpindahan," katanya melalui hantaran di X.

Ditubuhkan pada tahun 1949, UNRWA menyediakan perkhidmatan untuk lebih daripada 6 juta pelarian Palestin di seluruh Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Syria, Lubnan dan Jordan.

Kebanyakan daripada 13,000 kakitangan agensi itu juga merupakan warga Palestin.

UNRWA turut mengharapkan sempena bulan Ramadan terakhir tahun ini, rakyat Palestin beroleh keamanan dan keberkatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN