NEW YORK, 29 Ogos – Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran berlaku peningkatan sebanyak 700 peratus dalam pengambilan kanak-kanak oleh geng bersenjata di Haiti pada awal 2025, dengan anggaran sehingga 50 peratus anggota kumpulan tersebut kini terdiri daripada kanak-kanak.
UNICEF turut menegaskan pemotongan bantuan Amerika Syarikat menjejaskan pendidikan dan pemakanan kanak-kanak, manakala sekolah di sekitar ibu kota banyak dijadikan khemah pelarian.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyeru sokongan antarabangsa lebih kukuh termasuk penguatkuasaan larangan menjual senjata, sambil menganggarkan kebanyakan senjata diseludup dari Florida.
Dalam masa sama, Amerika Syarikat dan Panama menggesa Majlis Keselamatan PBB menubuhkan pasukan baharu bagi mengekang pengaruh geng.
Pasukan sedia ada yang diluluskan sejak 2023 – terdiri daripada anggota Kenya yang masih bergelut kerana kekurangan sumber dan anggota, dengan hanya kurang 1,000 orang dikerahkan.
Konflik berterusan telah menyebabkan kira-kira 1.3 juta rakyat Haiti hilang tempat tinggal.
Kerajaan peralihan pula dijadual menyerahkan kuasa kepada pemimpin baharu melalui pilihan raya Februari depan, namun penganalisis bimbang keadaan tanpa jaminan keselamatan akan mengukuhkan lagi geng bersenjata. -REUTERS