fb fb fb fb fb

Siap sedia penghijrahan besar-besaran penduduk Ukraine

(Filippo Grandi meneliti bangunan yang musnah akibat tembakan semasa lawatannya di bandar Kharkiv,
Ukraine pada 24 Januari 2023, di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine/Foto AFP)

KIEV, 27 Januari- Ukraine dan Eropah perlu bersiap sedia untuk berdepan kemungkinan gelombang penghijrahan besar-besaran penduduk Ukraine.

Ia susulan siri serangan Rusia di timur negara itu.

Amaran tersebut dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian (UNHCR).

Pesuruhjayanya, Filippo Grandi berkata seperti yang berlaku di Mariupol dan Kherson, peningkatan serangan memaksa penduduk mencari tempat yang selamat.

"Saya tidak boleh membuat ramalan ketenteraan kerana itu bukan kepakaran saya.

"Tetapi satu perkara yang boleh saya katakan ialah sudah tentu perang yang berlaku, berisiko menyebabkan perpindahan besar-besaran penduduk dan kita perlu bersedia untuk itu.

"Seperti yang kita lihat di Mariupol dan Kherson, setiap kali berlaku peningkatan serangan, penduduk akan berusaha mencari tempat perlindungan demi keselamatan mereka.

"Kami memaklumkan kepada Ukraine, juga negara jiran untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya seperti dilapor AFP.

(Filippo Grandi/Foto AFP)

Pihak berkuasa Ukraine minggu ini memberi amaran tentera Rusia sedang memperhebatkan serangan untuk menawan bandar Bakhmut di wilayah Donetsk.

UNHCR menganggarkan sejak pencerobohan Rusia, Februari lalu, hampir 8 juta penduduk meninggalkan negara itu.

Ini dengan lebih 6 juta lagi melarikan diri ke wilayah lain di Ukraine.-AFP

Media Baharu