fb fb fb fb fb

Ukraine umum pertukaran 215 tahanan perang dengan Rusia

(Warga Britain, Aiden Aslin antara banduan yang dibebaskan oleh tentera yang disokong Rusia / REUTERS)

KIEV, 22 September- Ukraine pada Rabu mengumumkan pertukaran 215 askar yang dipenjarakan dengan Rusia.

Rusia menerima 55 tahanan termasuk Viktor Medvedchuk, bekas ahli parlimen Ukraine dan sekutu Presiden Rusia Vladimir Putin yang dituduh melakukan pengkhianatan besar, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

Pertukaran itu adalah yang terbesar antara pihak yang bertelagah sejak permulaan pencerobohan Rusia pada Februari.

"Kami telah berjaya membebaskan 215 orang," kata ketua kakitangan presiden Ukraine Andriy Yermak.

Zelensky kemudiannya berkata lima komander tentera termasuk pemimpin pertahanan Azovstal dibawa ke Turki sebagai sebahagian daripada operasi yang disediakan lebih awal dan dipersetujui oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Banduan yang dibebaskan akan kekal di Turki, dijamin dalam keadaan selamat dan selesa sehingga tamat perang, tambah Zelensky.

Sepuluh tawanan perang termasuk lima warga Britain dan dua warga Amerika, yang dipindahkan dari Rusia ke Arab Saudi, adalah sebahagian daripada perjanjian pertukaran itu, kata Zelensky.

Pada Selasa, Erdogan memberitahu televisyen AS bahawa Rusia dan Ukraine telah bersetuju untuk menukar 200 banduan dalam salah satu pertukaran terbesar dalam perang tujuh bulan itu.

Mariupol, sebuah bandar pelabuhan di Laut Azov di tenggara Ukraine, bertahan selama berminggu-minggu dibom Rusia tanpa henti Rusia, dengan rintangan tertumpu dalam rangkaian padat terowong bawah tanah di kilang keluli Azovstal.

Keengganan tentera Ukraine untuk menyerah diri walaupun kekurangan peluru dan bekalan mendapat pujian di seluruh negara kerana kepahlawanan mereka.- AFP


(Sekumpulan tawanan perang duduk berehat selepas proses pertukaran tahanan, di Riyadh, Arab Saudi / REUTERS)


(Foto bertarikh 21 September 2022 menunjukkan Presiden Ukrainem, Volodymyr Zelensky bercakap semasa perutusan di Kiev / AFP)

Media Baharu