fb fb fb fb fb

Petugas Bulan Sabit Merah Palestin terbunuh, ibu pejabat diserang

FOTO REUTERS

GAZA, 3 Ogos - Seorang staf Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas ibu pejabat organisasi itu di Khan Younis didakwa diserang artileri Israel, awal pagi Ahad.

PRCS dalam satu hantaran di platform X berkongsi gambar kesan letupan yang menyebabkan kebakaran pada bangunan berkenaan.

Beberapa jam selepas kejadian, kepulan asap masih dilihat membumbung berhampiran bangunan tersebut.

Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengorbankan lebih 60,000 rakyat Palestin, menurut pegawai kesihatan Gaza.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE