fb fb fb fb fb

Ukraine tuduh Rusia hantar bijirin 'curi' ke luar negara

(Vasyl Bodna berkata, kedutaan Ukraine akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam penjualan bijirin curi dari negaranya/AP)

ISTANBUL, 4 Jun- Duta Ukraine ke Ankara menuduh Rusia "mencuri" dan menghantar bijirin Ukraine ke luar negara termasuk Turki.

"Rusia tanpa segan silu mencuri bijirin Ukraine dan menghantarnya ke luar negara dari Crimea, termasuk ke Turki," kata utusan Kiev di Ankara, Vasyl Bodna.

“Kami telah meminta bantuan Turki untuk menyelesaikan isu itu,” tambahnya dalam mesej di Twitter.

(Seorang petani memasukkan benih oat ke dalam mesin pembenihan di Novyi Korohod, wilayah Kiev/AFP)

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov akan berada di Turki pada Rabu depan untuk membincangkan isu itu.

Ukraine adalah pengeksport utama gandum dan minyak bunga matahari sebelum pencerobohan Rusia pada 24 Februari.

Harga makanan melonjak sejak perang bermula, dengan negara-negara di Afrika dan Asia Barat khususnya berisiko kerana bijirin tidak dapat dihantar disebabkan sekatan tentera laut Rusia di pelabuhan Ukraine di Laut Hitam. -AFP

Media Baharu