fb fb fb fb fb

Rundingan Perlembagaan Syria tidak banyak kemajuan

(Orang ramai berjalan di tengah-tengah runtuhan bangunan yang musnah di selatan ibu kota Syria Damsyik pada 3 November 2018/AFP)

GENEVA, 4 Jun- Pusingan kelapan rundingan mengenai perlembagaan baharu Syria berakhir dengan pihak-pihak berkepentingan hanya mencapai sedikit kemajuan, kata pengantara Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Perbincangan melibatkan 15 wakil kerajaan Presiden Bashar al-Assad, pembangkang dan masyarakat awam dengan utusan PBB, Geir Pedersen bertindak sebagai pengantara.

Ia diharap dapat membuka jalan ke arah proses politik yang lebih luas.

Rundingan tentatif itu bertujuan menulis semula perlembagaan negara Syria yang dilanda perang.

(Geir Pedersen memaklumkanĀ Perbincangan melibatkan 15 wakil kerajaan Presiden Bashar al-Assad, pembangkang dan masyarakat awam dengan utusan PBB/AFP)

"Bagi sesetengah isu, perbezaan kekal ketara. Namun terdapat isu yang berpotensi menjadi titik persamaan," kata pejabat Pedersen dalam satu kenyataan.

"Beliau mengulangi rayuannya kepada semua ahli agar mengamalkan kompromi dan berusaha ke arah teks perlembagaan yang mungkin menarik sokongan luas dalam kalangan rakyat Syria," menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Bantuan kepada pelarian Syria perlu diteruskan


Rundingan itu membincangkan prinsip perlembagaan, termasuk memelihara dan mengukuhkan institusi negara, keluhuran perlembagaan dan hierarki perjanjian antarabangsa, dan keadilan peralihan. -AFP

Media Baharu