fb fb fb fb fb

Perancis sahkan 51 kes cacar monyet

(FOTO AFP)

PARIS, 4 Jun- Perancis mengesahkan sebanyak 51 kes cacar monyet dikesan di negara itu pada Jumaat.

Jumlah tersebut meningkat 18 kes berbanding 33 yang dicatat pada Rabu lepas.

Menurut agensi kesihatan awam kebangsaan Perancis, kesemua kes melibatkan lelaki berumur antara 22 hingga 63 tahun.

Daripada jumlah itu, hanya seorang dimasukkan ke hospital dan telah dibenarkan pulang.

Semalam, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat memaklumkan siasatan mendapati, cacar monyet sedang merebak di negara itu.

Daripada lebih 700 kes global, 21 dikesan di Amerika Syarikat.

(FOTO REUTERS)

Menteri Kesihatan Perancis, Brigitte Bourguignon berkata minggu lalu kerajaan tidak menjangkakan wabak cacar monyet akan berlaku.

Ini kerana Perancis mempunyai vaksin mencukupi yang boleh mencegah penularan.

Pihak berkuasa kesihatan Perancis mengesyorkan agar orang dewasa diberi vaksin, termasuk pekerja kesihatan jika mereka bersentuhan dengan orang yang dijangkiti cacar monyet.-AFP

Media Baharu