KIEV, 16 Ogos- Ukraine menembak jatuh kesemua lima dron yang dilancarkan Rusia dalam serangan semalam, kata tentera udara negara itu, hari ini.
Tentera Rusia juga dilaporkan menggunakan tiga peluru berpandu balistik Iskander-M semasa serangan itu, menurut kenyataan tentera udara di aplikasi Telegram.
Rusia turut menggunakan tiga dron jenis Shahed dan dua dron jenis tidak dikenalpasti, untuk serangan itu.
Sebelum ini, dilaporkan Rusia beralih menggunakan dron buatan murah dalam beberapa serangannya ke atas Ukraine untuk cuba memantau pertahanan udara dan bertindak sebagai umpan.
Bagaimanapun, Gabenor wilayah Kiev dan Kirovohrad melaporkan tiada kerosakan atau kemalangan jiwa berikutan serangan itu.
Pihak berkuasa bandar itu juga melaporkan pertahanan udara di ibu kota Kiev juga tidak mengalami kerosakan.
Semalam, tentera Ukraine mengeluarkan amaran udara empat kali untuk memberitahu penduduk bandar mengenai kemungkinan serangan.
Amaran udara telah dibuat lebih 1,200 kali di Kiev sejak permulaan pencerobohan berskala penuh, menurut pihak berkuasa, hari ini.