fb fb fb fb fb

Ukraine tembak jatuh dua peluru berpandu, 20 dron

Aktivis menuntut daripada pihak berkuasa tempatan memperuntukkan lebih banyak dana untuk keperluan tentera Ukraine/AFP

KIEV, 17 Disember- Ukraine menembak jatuh dua peluru berpandu Rusia dan 20 serangan dron semalam.

Sementara itu Moscow pula melaporkan menembak jatuh 33 dron dari Ukraine.

"Pasukan Rusia menyerang dengan peluru berpandu Iskander-K, peluru berpandu udaraKh-59, serta 20 dron serangan jenis Shahed," kata Tentera Udara Ukraine dalam satu kenyataan.

Tentera Ukraine menembak jatuh dron dan peluru berpandu Kh-59, manakala "peluru berpandu Iskander-K tidak mengenai sasarannya", kata tentera udara.

Peluru berpandu itu dilancarkan dari Crimea dan wilayah Kherson.

Rusia pula berkata bahawa ia telah menggagalkan 33 serangan dron di tiga wilayah sempadan dengan Ukraine.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan berkata sistem pertahanan udaranya "memusnahkan dan memintas 33 serangan dro tanpa pemandu di wilayah Lipetsk, Rostov dan Volgograd".

Serangan dron hampir setiap hari berlaku di sempadan Rusia.

Ibu kota Moscow dan kawasan pinggirnya turut menjadi sasaran serangan dron Ukraine.

Rusia turut mensasarkan serangan bom di bandar-bandar Ukraine hampir setiap hari.

Minggu lalu, ia melancarkan serangan serangan dron besar-besaran di selatan Ukraine dan melepaskan peluru berpandu balistik ke Kiev. Kira-kira 50 individu cedera akibat serpihan itu.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI