BUENOS AIRES, 17 Disember - Sekurang-kurangnya 13 orang maut di sebuah kelab sukan Bahiense del Norte akibat bumbung runtuh selepas ribut kuat membadai bandar pelabuhan Argentina, dekat Bahia Blanca
Menurut sumber pejabat Datuk Bandar, hujan lebat dan angin kencang yang melanda Bahia Blanca menyebabkan bumbung bangunan itu runtuh ketika pertandingan papan luncur sedang berjalan.
"Malangnya, pasukan kecemasan mengesahkan kematian 13 orang di kelab Bahiense del Norte," kata perbandaran itu dalam satu kenyataan.
Anggota bomba kini berada di lokasi kejadian dalam operasi mencari dan menyelamat yang mana dilaporkan orang ramai masih terperangkap di bawah runtuhan tersebut.
Ribut yang melanda bandar itu membawa angin selaju 140 kilometer sejam dan sebahagian daripadanya kehilangan kuasa elektrik - AFP