fb fb fb fb fb

Ukraine sasar dron di wilayah selatan Rusia

Pasukan penyelamat di lokasi serangan peluru berpandu di Lugansk, Ukraine/AFP

MOSCOW, 8 Jun- Ukraine menyasarkan wilayah selatan Rusia di Ossetia Utara dengan dron buat kali pertama pada Sabtu. Ia menyebabkan kerosakan kecil, kata pihak berkuasa tempatan.

Dron itu disasarkan ke lapangan terbang tentera berhampiran bandar Mozdok yang terletak lebih 700 kilometer dari barisan hadapan Rusia, menurut Gabenor Ossetia Utara Sergei Menyailo.

"Serangan itu digagalkan oleh pasukan pertahanan udara Kementerian Pertahanan Rusia. Kerosakan kecil dan kebakaran direkodkan namun tiada sesiapa yang cedera," katanya.

Tiga dron ditembak jatuh dalam serangan itu, tambahnya.

Video menerusi media sosial dirakam di rantau itu menunjukkan dron terbang di atas kepala, manakala gambar menunjukkan apa yang kelihatan seperti serpihan dron bertaburan di atas tanah.

"Semua perkhidmatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Ia demi keselamatan rakyat dan kami telah memutuskan untuk membatalkan semua acara besar-besaran di daerah Mozdoksky," tambah Menyailo.

Ukraine sering menyasarkan serangan dron terhadap kemudahan ketenteraan dan tenaga di wilayah Rusia.

Bagaimanapun Ukraine tidak segera mengulas perkara itu, namun akhbar Ukrainska Pravda mengatakan ketenteraan Kiev adalah dalang di sebalik serangan itu.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI