fb fb fb fb fb

Ukraine mohon iktiraf tentera terkorban

Anna Birzul ke kubur adik lelakinya Bohdan Krotov yang terbunuh dalam pertempuran menentang tentera Rusia/REUTERS

KIEV, 10 Januari- Pelakon Ukraine Anna Birzul menulis petisyen meminta Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy menganugerahkan adik lelakinya Bohdan Krotov, 29, dengan gelaran, 'Hero of Ukraine'.

Ia berikutan adiknya yang merupakan seorang doktor ketentaraan terbunuh pada November dalam serangan tentera Rusia di timur Ukraine.

"Kami mengebumikannya pada 26 Disember lepas, dan pada 27 Disember saya menuli petisyen," kata Birzul yang sebak, 35, berdiri di kubur Krotov di tanah perkuburan Kiev.

Potretnya tergantung di bawah bendera Ukraine yang berkibar memaparkan lencana unit Kementerian Dalam Negeri.

Sekurang-kurangnya 2,000 petisyen diserahkan termasuk Birzul sejak pencerobohan berskala penuh Rusia pada Februari 2022 yang menyeru Zelenskiy untuk memberi anugerah penghormatan kepada seorang askar yang gugur dalam pertempuran itu.

Kurang daripada 400 anggota perkhidmatan dianugerahkan 'Hero of Ukraine' sejak perang bermula.

Petisyen diperkenalkan pada 2015 itu merupakan platform untuk rayuan popular kepada Presiden bagi mendapatkan penganugerahan itu, yang ditubuhkan pada 1998.

Petisyen baharu muncul hampir setiap hari daripada balu, ibu dan anak yang bersedih. Pada awalnya di laman web presiden, kemudian tersebar di media sosial.

Mereka turut menawarkan khidmat kaunseling kepada rakyat Ukraine yang terkesan dengan peperangan tersebut. Selain itu hampir setiap askar yang terbunuh dalam pertempuran itu dilihat sebagai "wira" kerana mempertahankan negara daripada serangan tentera.

Bagaimanapun kerajaan Ukraine tidak mendedahkan kerugiannya, tetapi perkhidmatan perisikan Barat menganggarkan puluhan ribu askar Ukraine telah terbunuh.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI