MANILA, 10 Januari- Pemimpin Filipina Ferdinand Marcos Jr. dan Presiden Indonesia Joko Widodo mengadakan pertemuan untuk membincangkan pelbagai isu serantau termasuk perkembangan di Laut China Selatan dan kerjasama lebih erat dalam kalangan negara anggota blok Asia Tenggara.
Filipina menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari Indonesia untuk rundingan itu di Manila.
"Saya dan Joko Widodo mengadakan perbincangan mengenai acara serantau yang mempunyai kepentingan bersama seperti perkembangan di Laut China Selatan selain kerjasama dan inisiatif ASEAN," kata Ferdinand.
Menurut Joko Widodo, kedua-dua negara bersetuju untuk memperkukuh kerjasama pertahanan dan perjanjian sedia ada mengenai kerjasama sempadan.
"Kami bersetuju untuk... mempercepatkan semakan rondaan sempadan dan perjanjian sempadan. Selian itu kami juga fokus untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan termasuk aset ketenteraan."- REUTERS