KIEV, 16 Mei- Ukraine membalas serangan daripada tentera Rusia di daerah utara Vovchansk di wilayah Kharkiv pada Khamis, namun serangan itu tidak dapat menembusi lebih jauh ke bandar sempadan.
Penawanan di daerah Vovchansk, lima kilometer dari sempadan dianggap sebagai menguntungkan kepada Rusia sejak ia melancarkan pencerobohan ke wilayah itu pada Jumaat lalu. Tindakan berkenaan memaksa Kiev segera mendapatkan bantuan ketenteraan.
"Rancangan Rusia adalah untuk menembusi lebih jauh ke bandar Vovchansk namun ianya telah digagalkan,” kata Kakitangan Am Ukraine dalam satu kenyataan.
Keadaan di Vovchansk terkawal, berikutan tentera Rusia mengurangkan serangan ke utara wilayah Kharkiv.
Jurucakap Tentera Ukraine Nazar Voloshyn berkata, tentera negara itu tertumpu pada usaha menghalang tentera Rusia bertapak di utara wilayah itu.
"Unit kami... mengesan tentera Rusia secara berasingan dan menghalangnya daripada mengumpul pasukan dan peralatan di bahagian utara bandar Vovchansk," kata Voloshyn dalam satu siaran televisyen.- REUTERS