fb fb fb fb fb

Ukraine gesa Rusia undur tenteranya dari sempadan

 

UKRAINE, 31 Januari - Kyiv menggesa Moscow mengundurkan pasukan tenteranya dari sempadan Ukraine dan meneruskan dialog bersama kuasa barat jika ia benar-benar serius mahu meredakan ketegangan yang meningkat bersama kebimbangan tentang penaklukan Rusia.

"Jika pegawai Rusia serius apabila mereka menyatakan mereka tidak mahu peperangan baharu, Rusia mesti meneruskan libat urus diplomatik dan mengundurkan tenteranya yang ditempatkan di sepanjang sempadan Ukraine, termasuk di wilayah yang diduduki sementara," kata Menteri Luar, Dmytro Kuleba menerusi Tweeter.

"Diplomasi adalah satu-satunya kaedah yang bertanggungjawab," tambahnya.

Rusia sebelum ini menafikan sebarang rancangan menyerang Ukraine.

Sebaliknya mahukan jaminan daripada Amerika Syarikat bahawa tiada lagi pangkalan tentera baharu akan dibina di mana-mana negara bekas Kesatuan Soviet.

Rusia juga mahu jaminan bahawa NATO tidak akan menerima Ukraine sebagai anggota baharu pakatan itu.

Media Baharu