fb fb fb fb fb

Nadal rangkul gelaran Grand Slam ke-21

FOTO AFP

PARIS, 30 Januari - Kejayaan legenda tenis, Rafael Nadal mencipta rekod 21 kejuaraan Grand Slam dialu-alukan dua pesaing terdekatnya Roger Federer dan Novak Djokovic.

"Semangat juang, dedikasi dan etika kerja anda yang hebat menjadi inspirasi kepada saya dan ramai pemain di seluruh dunia," kata Federer menerusi hantaran di Instagram.

Djokovic pula mengucapkan tahniah kepada Nadal melalui Tweeter.

"Pencapaian menakjubkan. Semangat juang mengagumkan yang sentiasa memberi keleihan."

Nadal, Federer dan Djokovic sebelum ini berkongsi rekod 20 gelaran Grand Slam.

Nadal, 35, menewaskan Daniil Medvedev dalam perlawanan akhir Terbuka Australia untuk meraih gelaran Grand Slam ke-21.

Turun selaku pilihan ke-6 kejohanan, dia tewas dua set pertama sebelum bangkit menewaskan Medvedev yang diletak sebagai pilihan kedua, dengan mata 2-6, 6-7(5), 6-4, 6-4, 7-5.

 

Media Baharu