fb fb fb fb fb

Ukraine adakan pilihan raya jika perang tamat

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (kanan) bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky di White House/Foto AFP

WASHINGTON, 19 Ogos – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaannya untuk mengadakan pilihan raya sekiranya keadaan kembali selamat dan perang dengan Rusia berjaya ditamatkan.

Perkara itu dinyatakan Zelensky semasa pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House pada Isnin.

“Kita perlu bekerja melalui parlimen kerana dalam keadaan perang, pilihan raya tidak boleh dijalankan,” katanya ketika sidang media di Pejabat Oval, di sini.

Zelensky turut menegaskan bahawa proses pilihan raya mestilah berlangsung dalam keadaan demokratik, terbuka dan sah dari segi undang-undang.

Ketika ini, pilihan raya di Ukraine digantung berikutan undang-undang tentera (martial law) yang masih berkuat kuasa sejak tercetusnya konflik dengan Rusia. - REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI