fb fb fb fb fb

UK tamatkan penerbangan pemindahan rakyat di Sudan

(FOTO FAIL AFP)

LONDON, 29 April - United Kingdom akan menamatkan penerbangan pemindahan dari Sudan untuk warganya hari ini selepas membawa lebih 1,500 orang keluar dari negara yang dilanda konflik itu setakat minggu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Oliver Dowden memaklumkan penerbangan terakhir dari lapangan terbang Wadi Saeedna akan dihentikan pada pukul 5 petang waktu tempatan.

Dowden berkata, Ia susulan penurunan ketara bilangan warganya yang datang untuk pemindahan dalam tempoh 24-jam.

(FOTO FAIL AFP)

Dowden turut menafikan bahawa London telah meninggalkan mana-mana warga Britain atau tanggungan mereka di Sudan dan menegaskan "setiap warga Britain yang tampil ke hadapan dan tanggungan mereka yang layak telah dimasukkan ke dalam pesawat dengan selamat".

Beliau berkata, UK akan mengekalkan sokongan konsular di negara Afrika timur di laluan keluar ke utara ke selatan serta di timur bandar Port Sudan.

Pejabat Luar Negeri menrusi kenyataan memaklumkan sehingga kini seramai 1,573 orang majoritinya rakyat Britain dan tanggungan mereka yang layak telah dipindahkan sejak penerbangan pemindahan bermula lewat Selasa.

Pejabat Luar Negara turut berikrar untuk "terus menekan semua pemangku diplomatik untuk mendapatkan gencatan senjata jangka panjang dan menamatkan pertumpahan darah di Sudan".

"Akhirnya peralihan yang stabil kepada pemerintahan awam adalah cara terbaik untuk melindungi keselamatan dan kemakmuran rakyat Sudan," kata kenyataan itu.-AFP

Media Baharu