fb fb fb fb fb

Pengerusi BBC Britain letak jawatan, langgar kod kerajaan

(FOTO AFP)

LONDON, 29 April - Pengerusi BBC Britain, Richard Sharp mengumumkan peletakan jawatannya berikutan laporan yang mendapati beliau melanggar kod kerajaan.

Laporan mendakwa, Sharp terlibat dalam membantu bekas Perdana Menteri, Boris Johnson mendapatkan pinjaman wang.

(Richard Sharp / FOTO AFP)

Menurut laporan oleh peguam Adam Heppinstall, Sharp dicadangkan untuk jawatan itu pada musim gugur 2020 kerana dia membantu Boris Johnson.

Sharp disiasat berhubung pelantikannya untuk menerajui badan penyiar ikonik itu setelah beliau dilaporkan membantu memudahkan pinjaman £800,000 untuk Johnson beberapa minggu sebelum Johnson melantiknya sebagai pengerusi BBC.

Laporan itu juga menyebut bagaimana Sharp menyatakan bahawa beliau memohon jawatan pengerusi BBC daripada Johnson pada November 2020 walaupun mengetahui beliau tidak boleh memainkan peranannya dengan bebas daripada Perdana Menteri jika dilantik.-AFP

Media Baharu