fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa wilayah Kahramanmaras

(FOTO HIASAN)

ANKARA, 29 April- Gempa bumi berukuran 4.7 pada skala Richter melanda wilayah Kahramanmaras di Turkiye pada 4.55 pagi (0255GMT) Sabtu.

Pusat gempa dikesan di daerah Goksun, lapor Agensi Anadolu memetik maklumat di laman sesawang Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Gempa itu berlaku pada kedalaman tujuh kilometer.

Kahramanmaras adalah pusat dua gempa bumi kuat pada 6 Februari lalu, masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang melanda 11 wilayah Turki – Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Elazig, Hatay, Gaziantep, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Kira-kira 14 juta orang di Turkiye terjejas oleh gempa bumi itu selain penduduk di utara Syria. - BERNAMA-ANADOLU


(Foto fail memaparkan sebuah jengkaut mengalihkan bangunan runtuh di bandar
Kahramanmaras yang dilanda gempa bumi pada 4 April 2023/ AFP)

Media Baharu