fb fb fb fb fb

Konflik Sudan, lebih 500 orang terbunuh

(Foto AFP)

SUDAN, 30 April- Bekas Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok memberi amaran bahawa konflik di Sudan boleh membawa kepada perang terburuk di dunia jika tidak dihentikan lebih awal.

Lebih 500 orang terbunuh sejak pertempuran meletus pada 15 April lalu antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

"Jumlah orang awam yang mati terus meningkat dan Sudan menjadi huru-hara.

"Ramai orang di bandar dengan lima juta penduduk ini telah terperangkap di rumah mereka tanpa makanan, air dan elektrik.

"Saya fikir ia akan menjadi mimpi ngeri bagi dunia dan membawa kesan yang buruk.

"Konflik semasa adalah perang tidak masuk akal antara dua tentera.

"Tiada sesiapa yang akan keluar daripada kemenangan ini dan ia perlu dihentikan segera," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkata kira-kira 75,000 orang telah kehilangan tempat tinggal akibat perang berkenaan.

Ia juga telah mencetuskan penghijrahan besar-besaran warga asing dan kakitangan antarabangsa. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu