fb fb fb fb fb

Budak 8 tahun antara lima ditembak mati

(Foto AFP)

CLEVELAND, 30 April- Lima orang dipercayai sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak 8 tahun maut dalam insiden tembakan di sebuah rumah di sini.

Menurut Syerif Daerah San Jacinto, Greg Capers polis kini memburu suspek, seorang lelaki Mexico, yang dikatakan sedang mabuk semasa melakukan tembakan itu.

"Mayat mangsa yang berusia antara lapan hingga 40 tahun ditemukan bergelimpangan dari pintu hadapan hingga ke bilik tidur.

"Dua lagi mayat wanita ditemukan terbaring di atas dua bayi yang terselamat dalam tragedi tersebut.

"Semua mangsa ditembak di bahagian leher dengan tembakan disasarkan ke kepala.

"Pihak polis menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 11:30 malam .

"Semua mangsa maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau percaya penembak sudah meninggalkan wilayah itu.

Penduduk setempat dilarang meninggalkan kediaman sehingga suspek berkenaan ditahan. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu