fb fb fb fb fb

UK sedia bantu pantau gencatan senjata Gaza

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer/REUTERS

KAHERAH, 13 Oktober – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer menyatakan kesediaan United Kingdom untuk membantu memantau pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta melaksanakan proses nyahsenjata terhadap keupayaan ketenteraan Hamas.

Starmer mengeluarkan kenyataan itu semasa pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, di Mesir menjelang sidang kemuncak bagi membina asas keamanan berkekalan di Gaza.

Pada Isnin, Hamas membebaskan 20 tebusan Israel terakhir di bawah perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat. Presiden Donald Trump menyifatkan perkembangan itu sebagai “permulaan baharu”.

Sidang kemuncak di Sharm el-Sheikh dijangka menghimpunkan lebih 20 pemimpin dunia bagi membincangkan pelan 20 perkara anjuran Trump untuk menjamin keamanan selepas dua tahun konflik Gaza. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN