LONDON, 11 Januari - Pihak berkuasa kesihatan United Kingdom melancarkan kempen bagi menggalakkan dan meyakinkan golongan ibu mengandung mendapatkan vaksin COVID-19.
Ini selepas data mendedahkan 96% wanita mengandung yang menerima rawatan di hospital pada tahun lalu tidak menerima suntikan vaksin.
Ibu hamil digesa mendapatkan suntikan vaksin demi kesihatan ibu dan bayi .
Ketua Penasihat Saintifik kepada Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial UK, Profesor Lucy Chappell berkata, terdapat bukti jelas menunjukkan COVID-19 memberi risiko kepada wanita hamil dan bayi mereka.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson turut hadir ke pusat pemberian vaksin bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negara itu menerima suntikan penggalak.
Sejak April tahun lalu, dianggarkan 84,000 wanita mengandung sudah menerima satu dos dan lebih 80,000 sudah menerima dua dos vaksin COVID-19.