MANILA, 11 Januari - Varian COVID-19, Omicron telah mendahului varian Delta dan muncul sebagai varian paling dominan di Filipina.
Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque berkata, penjujukan genom terbaru menunjukkan lebih 60% sampel adalah kes varian Omicron.
Jelasnya daripada penjujukan genom yang dijalankan pada 3 Januari, sekitar 60.42%, atau 29 daripada 48 sampel adalah kes Omicron.
Manakala 18 atau 37.5% adalah Delta.
Negara Asia Tenggara itu melaporkan rekod baharu peningkatan kes harian dengan lebih 33,000 jangkitan baharu .
Ini menjadikan kes meningkat kepada hampir 3 juta, manakala jumlah yang maut akibat wabak itu, 52,293 .
Negara itu sehingga kini telah mengalami gelombang keempat jangkitan COVID-19 sejak penularannya pada tahun 2020.