fb fb fb fb fb

UK, AS keluarkan kakitangan, keluarga dari kedutaan di Ukraine

FOTO AFP

LONDON, 24 Januari- Kementerian luar Britain memaklumkan, pihaknya telah mengeluarkan beberapa kakitangan dan keluarga mereka dari kedutaannya di Ukraine sebagai tindak balas kepada ancaman yang didakwa semakin meningkat dari Rusia.

"Bagaimanapun kedutaan akan tetap dibuka untuk urusan penting," katanya.

Tindakan itu dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) mengarahkan keluarga semua kakitangannya meninggalkan negara bekas Kesatuan Soviet tersebut.

Sementara itu, Ukraine menyifatkan tindakan AS memindahkan warganya dari Kyiv sebagai terlalu awal.

Jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko dalam satu kenyataan berkata, tindakan yang diambil AS adalah berlebih-lebihan.

"Kami menganggap langkah sedemikian oleh pihak AS adalah pramatang dan menunjukkan sikap berhati-hati yang berlebihan," katanya.

Tambah beliau tiada perubahan radikal berlaku dalam waktu terdekat berhubung situasi keselamatan di timur Ukraine, memandangkan pemisah pro-Rusia telah terikat dalam konflik dengan tentera Ukraine sejak 2014.

"Persekutuan Rusia kini sedang giat menjalankan usaha menggugat kestabilan keadaan domestik di Ukraine

Penyelewengan dan manipulasi maklumat disebarkan oleh media untuk mewujudkan keadaan panik dalam kalangan rakyat Ukraine dan warga asing," kata Nikolenko.- AFP

Media Baharu