fb fb fb fb fb

Houthi ancam gandakan 'operasi' selepas serangan berdarah tentera pakatan diketuai Arab Saudi

FOTO AFP

YAMAN, 24 Januari- Pemberontak Yaman (Houthi) mengancam untuk menggandakan serangan terhadap Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas dua peluru berpandu balistik dilepaskan ke Abu Dhabi, kali kedua dalam tempoh seminggu.

Pasukan bersenjata Houthi turut melepaskan peluru berpandu ke selatan Arab Saudi, mencederakan dua individu manakala satu lagi misil dilaporkan musnah.

Kumpulan Houthi yang disokong Iran berkata mereka menyasarkan Pangkalan Udara Al Dhafra Abu Dhabi serta lokasi paling penting di kawasan Dubai.

“Serangan itu berlaku seminggu selepas tiga orang terbunuh dalam serangan dron dan misil di Abu Dhabi, mencapai sasaran dengan ketepatan tinggi,” menurut kenyataan jurucakap tentera pemberontak, Yahya Saree menerusi siaran di televisyen.

“Kami bersedia mempertingkat operasi semasa pada fasa seterusnya dan bersedia berdepan peningkatan demi peningkatan”, tambah kenyataan itu.

Pihak berkuasa UAE berkata mereka memintas dua misil di ruang udara Abu Dhabi menyebabkan serpihan bertaburan, namun tidak melaporkan sebarang serangan ke atas Dubai.

Serangan udara tentera pakatan yang disertai UAE dan diketuai Arab Saudi pada minggu lalu ke atas Sanaa, Yaman menyebabkan puluhan orang terbunuh dan lebih 130 orang cedera.

Serangan dilancarkan atas alasan memerangi pemberontak Houthi. -AFP

 

Media Baharu