FOTO AFP
HONOLULU, 13 Februari- Diplomat tertinggi Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan kesepakatan mereka menentang Korea Utara susulan beberapa siri pelancaran peluru berpandu balistik oleh Pyongyang.
Selepas pertemuan sehari di Honolulu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, Menteri Luar Korea Selatan, Eui-yong dan Menteri Luar Jepun, Hayashi Yoshimasa dalam kenyataan bersama mengecam tujuh siri ujian peluru berpandu yang disifatkan sebagai ‘mengganggu kestabilan’.
Pyongyang perlu “menghentikan aktiviti menyalahi undang-undang, sebaliknya melibatkan diri dalam dialog," kata kenyataan itu.
“DPRK dalam fasa provokasi,” jelas Blinken dalam siding media bersama-sama rakan sejawatanya, merujuk DPRK sebagai Republik Demokratik Rakyat Korea.
“Kami akan terus berusaha mencari jalan memastikan DPRK bertanggungjawab atas tindakan,” katanya merujuk sekatan terbaharu terhadap lapan indivudu dan entiti yang mempunyai hubungan dengan Korea Utara.
Ketiga-tiga diplomat itu mengulangi komitmen masing-masing terhadap penamatan program nuklear di Semenanjung Korea serta kesediaan menyambung semula rundingan dengan Pyongyang.
Sejak pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden; Pyongyang tidak memberi maklum balas positif berhubung isu itu.
“Setiausaha Negara dan Menteri Luar menegaskan mereka tiada niat bermusuhan dengan DPRK dan menyatakan keterbukaan untuk bertemu DPRK tanpa sebarang syarat,” kata kenyataan tersebut. -AFP