FOTO AFP (Gambar fail F-15)
TOKYO, 13 Februari- Tentera Udara Jepun mengesahkan mayat satu daripada dua kru jet pejuang F-15 yang dilaporkan hilang dua minggu lalu, telah ditemukan.
Pesawat jenis itu dilaporkan hilang dari radar ketika misi latihan pada 31 Januari lalu, sebaik berlepas dari pangkalan tentera udara Komatsu, wilayah Ishikawa.
Jurucakap tentera berkata, mayat ditemukan pada Jumaat oleh tentera laut ketika operasi mencari dan menyelamat di Laut Jepun.
Pihak tentera turut memaklumkan indentiti mayat yang ditemukan, namun enggan mendedahkan nama dan menambah operasi mencari pembantu juruterbang diteruskan.
Punca apa dan bagaimana pesawat terhempas juga masih belum diperjelaskan.
Kali terakhir melibatkan kemalangan udara di Jepun pada 2019 melibatkan sebuah jet tempur F-35A yang jatuh ke laut apabila juruterbang mengalamai kekeliruan ruang udara ketika penerbangan. -AFP