fb fb fb fb fb

AS rancang buka semula kedutaan di Kepulauan Solomon, China berminat?

FOTO AFP

(Antony Blinken menghadiri majlis perpisahan sempena lawatan ke Fiji pada 12 Feb. 2022)

FIJI, 13 Februari- Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mewujudkan semula pejabat kedutaan di Kepulauan Solomon selari usaha Washington meningkatkan kehadirannya di wilayah yang menyaksikan China secara berterusan berusaha memperluas pengaruhnya.  

Setiausa Negara, Antony Blinken akan membuat pengumuman pembukaan kedutaan baharu di kepulauan Pasifik itu sempena lawatan ke Fiji – 29 tahun selepas AS membuat keputusan mengurangkan hubungan diplomatik di negara kepulauan itu.

Rancangan terbaru itu berlaku beberapa bulan selepas rusuhan di kepulauan yang dihuni kira-kira 800,000 orang, pada November lalu apabila penunjuk perasaan cuba menyerbu masuk bangunan parlimen.

Mereka kemudian mengadakan protes selama tiga hari menyaksikan sebahagian besar kawasan Chinatown, Honiara dibakar.

Kekecohan itu dicetuskan kumpulan pembangkang yang membantah kepimpinan Perdana Menteri, Manasseh Sogavare selain didorong isu kemiskinan, pengangguran dan persaingan antara pulau. Sentimen anti-China turut memainkan peranan.

Amerika Syarikart menutup kedutaannya di Kepulauan Solomon pada 1993 dan kini hanya diwakili pegawai konsulat serta kedutaan di Port Moresby di Papua New Guine.

Di Fiji, Blinken dijadual mengadakan pertemuaan secara maya bersama para pemimpin 18 buah negera di kepulauan itu.

Ia bagi meningkatkan semula hubungan diplomatik dan keselamatan di rantau itu sekali gus mengurangkan pengaruh atau kehadiran China.

Sumber rasmi pegawai Amerika Syarikat menyatakan, China telah melakukan usaha tertentu untuk mendapatkan pengaruh dan kehadiran di beberapa negara kepulauan itu. -AFP

Media Baharu