fb fb fb fb fb

Penyokong Brazil ditembak mati dalam aksi kekecohan selepas perlawanan Piala Dunia Kelab

FOTO AP


SAO PAULO, 13 Februari- Seorang peminat bola sepak Brazil ditembak mati di Sao Paulo dalam pergaduhan yang tercetus selepas pasukan tempatan Palmeiras tewas kepada Chelsea dalam aksi Piala Dunia Kelab pada Sabtu.

Peminat telah berkumpul di luar Allianz Parque, stadium Palmeiras, untuk menonton perlawanan yang berlansung di Emiriah Arab Bersatu UAE.

Perlawanan tersebut menyaksikan Chelsea menang 2-1.

Selepas itu pergaduhan tercetus di kalangan peminat pasukan Brazil.

Media tempatan menyebut, seorang lelaki berusia 35 tahun ditembak di dada dan kemudian meninggal dunia.

Suasana perayaan dan ketegangan sepanjang perlawanan memberi laluan kepada keganasan di kalangan penyokong sebaik sahaja perlawanan tamat.

Walaupun terdapat keluarga dengan kanak-kanak di kalangan orang ramai, orang ramai mula membaling batu dan objek lain.

Pertempuran berlangsung selama setengah jam, sehingga polis campur tangan.-AP

Media Baharu