fb fb fb fb fb

Kakitangan kedutaan diarah keluar, diplomasi konflik Rusia-Ukraine gagal

FOTO AFP

SYDNEY, 13 Februari- Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengarahkan semua kakitangan kedutaaan di Kyiv meninggalkan negara itu selepas Rusia dilapor terus meningkatkan kesiapsediaan anggota tenteranya di sempadan Ukraine.

Arahan itu dikeluarkan selepas pengumuman sama oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada susulan rundingan diplomasi menerusi panggilan telefon pada Sabtu untuk meredakan ketegangan di rantau itu, tidak mencapai kesepakatan malah semakin meningkat.

Rusia telah mengarahkan lebih 100,000 anggota tentera ke sempadan jirannya Ukraine dan kini hampir menguasai kawasan sempadan barat negara itu.

Ketegangan semakin meningkat selepas Washington memberi amaran pencerobohan boleh berlaku pada bila-bila masa dan Rusia juga telah mengadakan latihan tentera laut terbesar dalam beberapa tahun di kawasan Laut Hitam.

Jelas Morrison, Australia akan memindahkan operasinya di Lviv, bandar berhampiran sempadan Ukraine dengan Poland, kira-kira 540 kilometer timur Kyiv

Katanya, tiga kakitangan yang kekal di Kyiv akan membantu rakyat Asutralia di Ukraine yang kebanyakan mereka memiliki dua kerakyatan.

“Situsasi semasa seperti yang anda semua dengar, mencapai tahap sangat berbahaya," katanya.

Sambil mengecam tindakan autokratik sebelah pihak Rusia, Morrison turut menyentuh politik serantau, mengkritik China kerana berdiam diri terhadap tentera Rusia yang berkubu di sempadan Ukraine.

“Pakatan autokrasi yang dilihat cuba membuli negara lain, bukan perkara yang akan dipandang ringan oleh Australia, kata Morrison.

Menteri Luar Australia, Marise Payne turut mengulangi gesaan supaya rakyat Australia meninggalkan Ukraine dengan segera dan memberi amaran bahawa "keadaan keselamatan boleh berubah pada bila-bila masa.” -AFP

Media Baharu