fb fb fb fb fb

Pembukaan sesi persekolahan di Perancis, sekatan COVID-19 dilonggarkan

PARIS, 13 Februari - Perancis akan mula melonggarkan sekatan COVID-19.

Jelas Menteri Pendidikannya, Jean-Michel Blanquer ia seiring pembukaan semula sekolah selepas cuti Februari ini.

Malah pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di kawasan luar sekolah.

Manakala peraturan keselamatan institusi pendidikan individu akan ditentukan di sekolah, bukannya pada peringkat kelas.

Pelajar juga dibenarkan bersukan di ruang tertutup kecuali sukan bersentuhan.

Berdasarkan peraturan yang dilonggarkan itu, pelajar yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif COVID-19 hanya perlu mengambil satu ujian yang dikendalikan sendiri.

Pelajar di negara berkenaan akan memulakan persekolahan 21 Februari ini di Zon A dan pada 28 Februari di Zon B.

Sekolah rendah akan beralih daripada protokol COVID Tahap 3 kepada Tahap 2 yang lebih santai.

Media Baharu