fb fb fb fb fb

Polis Perancis tahan 500 kenderaan konvoi protes sekatan COVID-19

PARIS, 13 Februari - 500 kenderaan yang cuba memasuki Paris untuk menyertai protes 'Convoi de la Liberte' atau Konvoi Kebebasan bagi membantah sekatan COVID-19, ditahan Polis Perancis semalam .

Hampir 300 saman diserah kepada pemandu dengan kebanyakan kenderaan berhenti di pintu masuk ke ibu negara Perancis itu.

Konvoi diilhamkan dari demontrasi membabitkan pemandu trak di Ottawa, Kanada itu menyaksikan pemandu kenderaan dari beberapa bandar seluruh Perancis mengingkari arahan polis.

Peronda motosikal polis turut menahan dua van perkhemahan dan sebuah trak yang menyertai konvoi sehingga ke jalan Champs Elysees di tengah Paris.

Sementara itu, polis mengerakkan beribu-ribu pegawai, menubuhkan pusat pemeriksaan serta mengerahkan kenderaan berperisai dan trak meriam air sebagai persediaan menangani protes.

Bantahan terbaharu di Perancis itu menentang peraturan yang memerlukan pas vaksin untuk masuk di kebanyakan tempat awam negara berkenaan.

Kejadian berlaku menjelang pilihan raya Presiden yang bakal berlangsung kurang dua bulan lagi.

Ia berlaku selepas berbulan-bulan demonstrasi menentang penggunaan pas diadakan di Paris dan bandar lain.

Media Baharu