fb fb fb fb fb

Uganda kuat kuasa sekatan pergerakan di dua daerah, disahkah pusat wabak Ebola

(Lima kakitangan perubatan yang dijangkiti Ebola daripada merawat kes pertama yang disahkan di Uganda
pada September telah pulih dan dibenarkan keluar dari unit pengasingan di Entebbe, Uganda/AFP)

KAMPALA, 16 Oktober- Sekatan pergerakan dikuatkuasakan selama 21 hari di dua daerah di Uganda yang diisytiharkan sebagai pusat wabak Ebola.

Presiden Yoweri Museveni mengumumkan perintah berkurung pada waktu malam, dikuatkuasakan serta merta di Mubende dan Kassanda.

Selain, larangan keluar dan masuk ke daerah itu.

Hanya trak kargo sahaja dibenar memasuki daerah tersebut.

Manakala, kenderaan persendirian dan kenderaan lain, dilarang.

Tempat awam seperti pasar raya, bar dan gereja turut ditutup.

"Saya kini mengarahkan pergerakan keluar dan masuk dari daerah Mubende dan Kassanda kini dilarang," kata Museveni dalam ucapan di televisyen, pada Sabtu.

"Jika anda berada di daerah Mubende dan Kassanda, tinggal di sana selama 21 hari," tambahnya.

(Yoweri Museveni/AFP)

Setakat ini, 19 kematian dan 58 kes demam berdarah akibat virus itu, direkodkan sejak kes pertama dilaporkan 20 September lalu.

Museveni turut mengarahkan pihak polis menahan individu yang disyaki dijangkiti Ebola tetapi enggan dikuarantin.-AFP

Media Baharu