fb fb fb fb fb

20 orang maut kemalangan bas di Colombia

(FOTO AFP)

BOGOTA, 16 Oktober- Sekurang-kurangnya 20 orang maut dan 15 lagi cedera, apabila sebuah bas terbalik di Lebuhraya Pan-American di barat daya Colombia, pada Sabtu.

Menurut pihak polis, bas tersebut dalam perjalanan antara bandar pelabuhan Tumaco, di sudut barat daya Colombia dan Cali, 200 batu (320km) ke timur laut ketika kejadian berlaku.

"Malang sekali, jumlah kematian akibat kemalangan itu seramai 20 orang," kata Kapten Albertland Agudelo dari polis trafik jabatan Narino.

Antara yang cedera ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan seorang budak lelaki berusia lapan tahun.

Penyiasat sedang melihat kemungkinan "kegagalan mekanikal dalam sistem brek," kata Kolonel Oscar Lamprea, pengarah trafik dan pengangkutan di kawasan itu, dalam mesej kepada pemberita.

Laporan awal menyebut pemandu hilang kawalan selepas keluar dari selekoh di kawasan berkabus.

Pekerja penyelamat dari pihak polis dan bomba mengambil masa sembilan jam untuk memperbetulkan kedudukan bas dan memindahkan mangsa terlibat.-AFP

(Orang ramai menyaksikan pasukan penyelamat berusaha memastikan kedudukan bas selamat selepas kemalangan yang berlaku di
Lebuhraya Pan-American, Altos de Penalisa, berhampiran bandar Pasto, di jabatan Narino, Colombia pada 15 Oktober 2022/AFP)

 

Media Baharu