fb fb fb fb fb

Angka kematian letupan lombong di utara Turkiye meningkat kepada 41 orang

(Presiden Turki Tayyip Erdogan melawat lombong arang batu selepas letupan di Amasra
di wilayah Bartin utara, Turkiye/Sumber Pejabat Akhbar Presiden/REUTERS)


ANKARA, 15 Oktober- Angka kematian dalam kejadian letupan lombong arang batu bawah tanah di wilayah Bartin di utara Türkiye yang memerangkap 110 pekerja, meningkat kepada 41 orang, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Sabtu, lapor Xinhua.

Suleyman mengesahkan 110 pekerja berada di lombong itu semasa letupan berlaku kira-kira 300 meter di bawah tanah pada petang Jumaat di bandar Amasra. 

Daripada jumlah itu, 58 berjaya menyelamatkan diri, 11 cedera dan dimasukkan ke hospital manakala nasib seorang lagi pelombong belum dapat dipastikan, katanya kepada pemberita.

Letupan berlaku pada 6.15 petang waktu tempatan (1515 GMT) di Amasra Hard Coal Enterprise, menurut kenyataan pihak berkuasa wilayah Bartin pada Jumaat.

Siasatan awal mendapati letupan itu berkemungkinan disebabkan oleh lembapan api, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Fatih Donmez.

Kebakaran sebahagian besarnya sudah berjaya dikawal namun, usaha mencari dan menyelamat masih berjalan, katanya. 

(Foto dari udara menunjukkan lombong arang batu ketika operasi mencari dan menyelamat
diteruskan selepas letupan, di Amasra di wilayah Bartin utara, Turkiye/REUTERS)

Sementara itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan dilaporkan sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

Pada 2014, seramai 301 orang terbunuh di Turkiye dalam bencara kebakaran lombong arang batu terburuk, di bandar Soma di  barat wilayah Manisa.-BERNAMA

 

Media Baharu