fb fb fb fb fb

Seorang maut, dua hilang ketika Crete dilanda banjir besar

GREECE, 15 Oktober- Seorang lelaki ditemui mati dan dua lagi hilang pada hari ini selepas hujan lebat membawa banjir besar ke pulau Crete Greece, kata pekerja kecemasan.

Mangsa, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an, telah terperangkap di dalam keretanya ketika hujan mula turun di pulau selatan Greece, destinasi percutian popular.

Media tempatan melaporkan kerosakan yang meluas di perkampungan tepi laut, di mana jalan-jalan telah ditenggelami air.

Menurut perkhidmatan kecemasan, seorang wanita cedera ringan apabila dia terperangkap di dalam kereta.

Sekurang-kurangnya sembilan kenderaan yang terkandas perlu diselamatkan.

Lapan pelancong dan seorang pengawal keselamatan turut terkandas di Muzium Arkeologi di bandar peranginan pantai Sitia.

Datuk Bandar Sitia memberitahu saluran TV Skai, "Keadaan di luar kawalan dan fenomena (cuaca) di rantau ini adalah luar biasa."

Para saintis berkata perubahan iklim punca berlakunya situasi ini termasuk banjir, gelombang panas, kemarau yang dilihat di beberapa kawasan dan peristiwa ini bakal berlaku lebih kerap.

Media tempatan melaporkan kerosakan yang meluas di perkampungan tepi laut, di mana
jalan-jalan telah ditenggelami air / FOTO AFP

Seorang pegawai kanan wilayah Heraklion, Nikos Syrigonakis, menggesa penduduk mengehadkan pergerakan mereka.

"Ini adalah hari yang sukar," tambahnya. -AFP

Media Baharu