fb fb fb fb fb

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Tunisia

TUNIS, 16 Oktober- Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di ibu negara Tunisia, pada Sabtu dalam protes ganas yang memasuki hari kedua.

Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan yang membaling batu dan bom petrol ke arah pihak berkuasa.

Protes tercetus pada Jumaat selepas pengebumian Malek Selimi, 24 tahun yang maut susulan insiden kejar mengejar dengan polis pada Ogos, menyebabkannya mengalami kecederaan parah pada bahagian leher.

Kementerian Dalam Negeri tidak mengulas mengenai kematian Selimi.

(Sebuah kenderaan terbakar ketika pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis / Foto REUTERS)

Tunisia telah bergelut dengan krisis politik sejak Presiden Kais Saied merampas kuasa dan membubarkan parlimen pada 2021.

Terdahulu pada Sabtu, dua kumpulan pembangkang yang bertelagah mengadakan bantahan yang disifatkan antara yang terbesar terhadap presiden.

Kumpulan itu mengecam tindakan Saied untuk menyatukan kuasa politik ketika kemarahan rakyat memuncak akibat kekurangan bahan api dan makanan.

Bagaimanapun, Saied memaklumkan, langkah tersebut dibuat untuk menyelamatkan Tunisia daripada krisis yang melanda negara itu selama bertahun-tahun.-REUTERS

Media Baharu