fb fb fb fb fb

Polis tahan pembunuh bersiri di California

(FOTO HIASAN)

LOS ANGELES, 16 Oktober - Polis di bandar Stockton di tengah California menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dikaitkan dengan enam siri pembunuhan yang menggemparkan masyarakat.

Sebanyak lima pembunuhan dilakukan tahun ini dan satu pembunuhan pada tahun 2021.

Wesley Brownlee telah ditahan ketika dia 'memburu' seorang lagi mangsa yang berpotensi, kata ketua polis, Stanley McFadden pada sidang media.

"Dia dalam misi untuk membunuh," kata McFadden, sambil menambah bahawa Brownlee membawa senjata api pada masa itu.

"Kami pasti kami menghentikan satu lagi pembunuhan."

Lima lelaki dibunuh di satu kawasan di Stockton antara 8 Julai dan 27 September dan pembunuhan itu mempunyai beberapa persamaan.


(Foto hiasan) 

Seorang lagi lelaki dibunuh di Oakland, sejauh kira-kira 50 batu (80 kilometer) pada April 2021.

Mangsa berumur dalam lingkungan 21 hingga 54 tahun.

Seorang wanita terselamat daripada tembakan dipercayai dilakukan oleh Brownlee.

Stockton, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 350,000 penduduk terletak 40 batu di selatan ibu negeri California, Sacramento.

Brownlee dijangka hadir di mahkamah untuk dibicarakan pada hari Selasa, kata Peguam Daerah San Joaquin, Tori Verber Salazar, sambil menambah bahawa pejabatnya sedang menyemak bukti untuk menentukan pertuduhan yang akan dihadapinya. -AFP

Media Baharu